May 21, 2005

UNTUK KAUN WANITA / LELAKI


       Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita :

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita
   (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar
   melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia
   adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
   (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana
   keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah
   yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan,
   memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana
   pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban,
   Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk
   suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat,
   tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima
   sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada
   suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair,
   malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya
   selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga
   sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang
   berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan
   tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari
   bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka
   Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh
   ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat
pakaian
   dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10)Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan
   janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum
   Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut
   dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga
   serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia
   melintasi titian Siratul-mustaqim.

11)Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat
   dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya
   selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada
   malamnya.

12)Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah
   para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu
   kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13)Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya
   pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14)Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti
   keadaan ibunya melahirkannya.



Pesanan Untuk Lelaki :

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang
mananah,dan yang hananah,dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang
baraqah dan yang syadaqah".


1) Wanita Ananah:  banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan
   sakit atau buat-buat sakit.

2) Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit tentang sesuatu terhadap suami.

   Wanita ini sering mengatakan 'aku buat tu keranamu'.

3) Wanita Hananah:  menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain,
   yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4) Wanita Hadaqah:  melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu,
   lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa
   suaminya untuk membelinya.

5) Wanita Baraqah:  ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan
   dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan
   kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6) Wanita Syadaqah:  banyak cakap, tidak menentu lagi bising.






Posted by Atikah_sayang at 05:26 am
Comments (2)


May 5, 2005

mawar merah dari abg ....


-----
You have to read this it is absolutely beautiful......


 




Posted by Atikah_sayang at 05:06 am
Make a comment


Apr 22, 2005

PENERANG HATI


Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan dia dan bersabarlah dengan bertekun tetap dalam beribadat kepadaNya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan setanding dengannya? (Maryam 65)

Firman Allah lagi;

 

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baikadalah bagi orang- orang yang bertaqwa. (Taha 132)

Orang yang taat perlu bersabar dalam tiga keadaan:

 

i. Ia hendaklah membetulkan niat, ikhlas dan sabar daripada percubaan sifat riak dan perkara- perkara yang boleh membawa kepada luputnya pahala serta sentiasa berazam dengan ikhlas dan jujur. Kesabaran ini adalah sesuatu yang susah bagi mereka yang mengetahui hakikat keikhlasan niat serta keburukan riak serta tipudaya diri dan jiwa.

 

ii. Ketika beramal. Sifat sabar perlu supaya seseorang tidak melupai Allah ketika ia sedang beramal, dan tidak merasa malas untuk melaksanakan adab dan peraturannya sehingga ia selesai menjayakan ibadatnya. Ia perlu mengekali kesabaran sehingga tidak membawa kepada kekosongan jiwa. Ini juga merupakan suatu kesabaran yang amat berat. Barangkali inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah S.W.T.

Maksudnya: Dan orang- orang yang beriman serta beramal salih, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai di syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik- baiknya bagi orang- orang yang beramal salih - (Iaitu) mereka yang sabar, dan mereka pula berserah diri bulat- bulat kepada Tuhannya. (Al- Ankabut 58-59)

 

iii. Setelah sesuatu kerja selesai kita mesti sabar daripada menzahirkan atau menceritakan kepada orang lain semata- mata untuk mendapatkan pujian yang boleh menimbulkan riak. Kita juga hendaklah sabar daripada melihat kepada amalan tersebut dengan rasa hairan, sehingga boleh membatalkan pahala amalan kita serta menghilangkan pahalanya. Ini sebagaimana firman Allah S.W.T.;

Maksudnya: Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit- bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti. (Al- Baqarah 264) Sesiapa yang tidak sabar setelah melakukan sedekah dengan ungkitan dan menyakitkan hati orang lain bererti ia telah membatalkan pahala amalan sedekahnya.
Make a comment   Permalink

 



 






Posted by Atikah_sayang at 12:19 am
Make a comment


Mar 26, 2005

myspace's frenz...


Hehehe... Ni ler gadis yang suka berceloteh banyak nih... Nama dia kalau nak tahu...
Manja
atau nama betulnya
Yanie...

Kalau chatting ngan dia, mak oii... pok pek...pok pek...mulut dia...Hehehehe...Tak lawa langsung pic dia nih...hehehe...



Posted by Atikah_sayang at 06:29 pm
Comments (3)




HAI KENGKAWAN!!!


Haaa... Nama aku kalau nak tahu...
Atikah Binti Ali
Aku lahir pada
10 JUN 1980
Aku merupakan anak ke-
5 daripada 5 beradik...
anak-anak sedare aku panggil aku
mak ucu





Posted by Atikah_sayang at 05:44 am
Comments (10)


The Wild Flower
In My Garden
<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30
Daily Reads

Tagboard
   
Contact Me
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:
Credits
Template: elementopia
Image: image cafe
Edited by:
BLOGDRIVE
TEMPLATES
Blogdrive
rss feed